Zahid Bawa Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini Rabu.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan