TPM Lancar Pelan Maritim Negara

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, melancarkan buku Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 (PPSMM 2040) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini.

PPSMM 2040 merupakan pelan induk yang bakal memacu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke arah kecemerlangan.

Ia merupakan dokumen asas yang menentukan hala tuju bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang dalam mendukung misi yang ditetapkan kerajaan.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurdish berkata, pelan itu merupakan hasil semakan semula Pelan Perancangan Strategik 2020 yang diterbitkan pada 2006.

Katanya PPSMM 2040 yang dirangka ini menggunakan pendekatan Kad Skor Seimbang (BSC).

"Sembilan objektif strategik telah dikenalpasti bagi memastikan misi dan visi dapat direalisasikan demi menjadikan APMM sebuah organisasi yang sentiasa ke hadapan bukan sahaja dalam negara bahkan di persada antarabangsa," katanya.

Katanya lagi, dalam senario geopolitik dan situasi keselamatan maritim semasa yang dinamik, APMM memerlukan pendekatan yang anjal, iaitu mengubah satu pelan strategik bersesuaian dalam melakar hala tuju pembangunan keupayaan dan aset secara holistik.

" APMM sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim perlu menjalankan pemantauan di perairan negara. Tugasan ini berbeza dengan agensi yang serupa dari negara-negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga bertanggungjawab melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim," katanya.

Menurut Mohd Amdan, prestasi APMM menunjukkan peningkatan yang positif dan membanggakan sejak penubuhannya pada 2005.

"Pencapaian ini memperlihatkan kesungguhan dan strategi berkesan yang digunakan oleh APMM yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek operasi dalam negara semata-mata, bahkan mencakupi peranan yang aktif dalam pelbagai platform kerjasama serantau dan antarabangsa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan