Terengganu Tidak Cadang Gubal Dasar Makanan Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri hanya menerima pakai dan menyokong dasar Agro Makanan Negara dan tidak bercadang menggubal dasar makanan sendiri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Asha'ari Idris.

Beliau berkata walaupun Terengganu tidak menggubal dasar agro makanan sendiri, ia tetap mempunyai hala tuju pembangunan pertanian yang khusus bagi menghadapi kemungkinan berlaku krisis makanan dunia.

"Kita mengambil langkah awal untuk merancang khususnya berhubung dengan keperluan beras," katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang) yang ingin tahu dasar dan strategi kerajaan negeri dalam menggubal Dasar Agro Makanan Negeri untuk menghadapi kemungkinan berlaku krisis makanan.

Asha'ari menjelaskan Terengganu kini mampu membekal beras sebanyak 58 peratus hasil dari keluasan kawasan padi seluas 17,000 hektar.

Katanya bagi menjamin bekalan mencukupi pada 2020, ia memerlukan kawasan tanaman padi seluas 24,500 hektar.

Namun beliau berkata, kawasan tanaman padi di Terengganu sejak akhir-akhir ini banyak ditukar syarat menjadi kawasan seperti industri, perumahan dan tanaman lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan