Segala Maklumat Tender Projek Greater KL Kini Melalui G-TAS

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Greater Kuala Lumpur (KL)/Lembah Klang (KV) Tender Alert System atau G-TAS diwujudkan bagi memudah cara penyaluran maklumat terkini tender-tender projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, langkah itu bukan sahaja akan memberi maklumat secara interaktif tetapi akan dapat membantu kementerian untuk lebih telus dan terbuka dalam menyebarkan maklumat penting kepada kontraktor yang berminat dalam projek Greater KL/KV.

"Sebelum ini, mereka perlu menyemak notis tender di akhbar-akhbar, menelefon, melihat notis di papan kenyataan, dalam erti kata lain mereka perlu berusaha lebih (untuk mencari maklumat tender).

"Tetapi kini, menerusi teknologi G-TAS, kita boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat dan tepat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem itu di sini, Selasa.

Beliau berkata, sistem G-TAS akan memberi maklumat lengkap kepada khalayak lebih besar dan pada akhirnya, kerajaan akan memperoleh satu persaingan lebih sihat bagi keseluruhan projek di samping mewujudkan lebih banyak peluang kepada setiap orang.

Raja Nong Chik turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Pelantikan Rakan Kongsi Pelaksana Projek (PDP) bagi projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Greater KL/KV di antara kementerian dan Ekovest-MRCB JV Sdn Bhd.

Projek itu bagi mentransformasikan Sungai Klang dan Sungai Gombak kepada satu kawasan tebingan sungai yang rancak dan berdaya maju dengan pelbagai aktiviti yang mampu mempertingkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara menjelang 2020.

Terdahulu, dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata untuk menggunakan G-TAS, kontraktor yang berminat hanya perlu mendaftar dalam sistem tersebut yang mempunyai pautan di laman web Greater KL/KV.

"Dengan pendaftaran tersebut, para kontraktor akan memperoleh maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan emel lebih awal sekiranya terdapat tawaran terkini tender-tender projek di bawah Greater KL/KV," katanya.

Raja Nong Ching berkata pelantikan MRCB-Ecovest sebagai PDP projek berkenaan adalah berasaskan kepada tahap pengetahuan teknikal dan kepakaran teknikal yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat bagi pelaksanaan projek RoL dengan lebih cekap.

PDP berkenaan yang dilantik untuk tiga tahun bertanggungjawab mengemukakan laporan kepada satu jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan nilai maksimum kontrak bernilai RM22 juta.

Projek RoL yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM4 bilion.

Projek ini dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun dari 2010 hingga 2020.

Projek ini merangkumi tiga komponen iaitu pembersihan sungai dan pengindahan koridor sungai bertujuan meningkatkan tarikan ibu negara Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia serta mewujudkan rangkaian laluan berbasikal, pejalan kaki dan pengangkutan air.

Komponen ketiga akan membabitkan pembangunan tanah kerajaan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang akan dipacu sektor swasta.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan