Pakar Dapati Kini Golongan Muda Terdedah Kepada Risiko Serangan Jantung

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan muda juga tidak terkecuali daripada menghidapi penyakit kardiovaskular atau serangan jantung ekoran gaya hidup yang tidak sihat, kata pakar jantung Dr Annuar Rapaee.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pakar jantung lebih 10 tahun di Hospital Serdang, Selangor dan Pusat Perubatan Tropicana, Damansara berkata walaupun penyakit ini sering menyerang seseorang yang berumur lebih 40 tahun, tetapi golongan muda juga merupakan antara yang berisiko diserang penyakit senyap ini.

Darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyumbang kepada serangan jantung selain merokok, katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka (Sibu) ketika menyampaikan ceramah tentang penyakit tersebut di Wisma Bernama di sini, Selasa.

Beliau menjelaskan dari pengalamannya, seorang pesakit berusia 26 tahun pernah dikenal pasti mengidap penyakit jantung yang agak kritikal kerana dipercayai menghisap rokok lebih daripada 20 batang sehari.

"Sebatang rokok mempunyai 4,000 bahan toksid yang bukan sahaja menjadi penyebab sakit jantung tetapi juga risiko penyakit kanser, yang perbuatan merokok bukan sahaja memberi kesan kepada perokok tersebut malah kepada orang di sekelilingnya," katanya.

Sehubungan itu Dr Annuar menasihati perokok supaya menghentikan tabiat tersebut kerana nikotin di dalam rokok boleh menyebabkan bekalan oksigen ke jantung berkurangan, tekanan dan kepekatan darah meningkat di samping merosakkan sel yang melindungi saluran darah.

Beliau berkata, antara gejala serangan sakit jantung ialah pesakit mengalami sakit pada dada, sukar bernafas, kesakitan gigi dan sering merasa berdebar-debar.

"Ujian saringan sangat penting bagi mengenal pasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadang kala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan