M'sia Buka Pejabat Kedutaan Di Turkmenistan Untuk Kukuhkan Kerjasama Ekonomi & Diplomatik

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan membuka pejabat kedutaan di Ashgabat, Turkmenistan, pada minggu ketiga bulan ini sebagai memenuhi komitmen dan hasrat negara untuk meningkatkan dan memperkukuh hubungannya dengan Turkmenistan.

"Perbincangan saya dan Presiden (Gurbanguly Berdimuhamedov) hari ini sangat produktif, meliputi isu-isu dua hala dan bagaimana kita boleh bergerak ke depan dan meningkatkan hubungan.

"Saya yakin lawatan Presiden memberikan banyak input ketika kami menggerakan hubungan dua hala ke tahap baharu," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media bersama, Rabu.

Berdimuhamedov kini dalam rangka lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, bermula Selasa.

Najib berkata kedua-dua pemimpin turut membincangkan perbelanjaan Petronas berjumlah AS$5.6 bilion untuk pengeluaran gas di Laut Caspian.

"Presiden memberikan ulasan positif terhadap pembabitan Petronas dalam pengeluaran gas. Petronas berharap dapat menggandakan kapasiti pengeluaran dalam tempoh lima tahun akan datang kepada satu bilion kaki persegi daripada 500 juta kaki persegi sedia ada.

"Malaysia bersedia menjadi rakan rapat anda. Berkemungkinan, kita akan mewujudkan hubungan dua hala dalam bidang baharu dan sedia ada, dan kami akan menjadi rakan tulen dalam memajukan negara anda dalam bidang minyak dan gas," kata Najib.

Perdana Menteri menambah, Petronas juga berada pada kedudukan yang baik untuk mengeluarkan minyak dari Laut Caspian, kira-kira 600km dari ibu negara Turkmenistan, Ashgabat.

Beliau berkata, Berdimuhamedov juga menimbang permohonan Petronas untuk membangunkan platform gas di Laut Caspian berdasarkan tawaran kompetitif syarikat berkenaan.

"Ini merupakan manifestasi jelas keupayaan teknologi yang kami bangunkan selama bertahun-tahun dan berdasarkan tawaran hebat kepada kita, Petronas sudah bersedia untuk melibatkan diri dalam operasi hiliran petrokimia di Turkmenistan," katanya.

Mengenai pembangunan modal insan, Najib berkata Malaysia, menerusi Petronas, sudah melatih kira-kira 110 rakyat Turkmenistan.

"Saya sudah memberikan persetujuan kepada Presiden untuk meningkatkan jumlah penduduk Turkmenistan yang akan dilatih oleh Petronas, sama ada di sini atau di Turkmenistan," katanya.

Najib juga berkata Malaysia sedia membantu membangunkan institut minyak dan gas di Turkmenistan.

Petronas boleh melatih penduduk Turkmenistan dan mengurus institut minyak dan gas berkenaan, kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata Malaysia juga mahu meningkatkan hubungan dagangan dua hala dengan Turkmenistan yang disifatkan "sangat kecil".

Sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini, jumlah dagangan bernilai US$18 juta dan Perdana Menteri berharap angka itu akan meningkat berkali-kali ganda pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan