Mercy Malaysia Keluarkan Nasihat Persediaan Banjir

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia pada Rabu mengeluarkan panduan nasihat untuk persediaan orang ramai sekiranya berlaku banjir.

"Satu daripada cara untuk mengurangkan risiko akibat banjir ialah dengan sentiasa bersiap sedia. Ia tidak sukar dan hanya memerlukan beberapa langkah mudah bagi memastikan semua barangan disediakan dan senang diambil apabila diperlukan," kata Mercy Malaysia dalam kenyataan pada Rabu.

Langkah itu termasuk menyediakan bekas kalis air untuk dokumen penting, beg pasir, jika diperlukan sebagai penghadang untuk menghalang air memasuki rumah dan meletakkan beg pasir di dalam mangkuk tandas bagi mencegah kumbahan mengalir semula ke dalam rumah.

Mercy Malaysia juga menegaskan pentingnya untuk bersiap sedia dipindah ke kawasan lebih tinggi semasa banjir.

"Pastikan rumah selamat sebelum meninggalkannya dan pastikan semua perabot dan perkasas elektrik diletakkan di tempat tinggi serta kosongkan peti sejuk dan tinggalkan pintunya terbuka untuk mengelak kerosakan," kata kenyataan itu.

Mangsa banjir dinasihat tidak memandu ke kawasan yang dilanda banjir.

"Jika kereta anda terkandas dalam banjir, tinggalkan kereta dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi. Jalan yang dilanda banjir juga boleh menjadi lembut atau runtuh," kata kenyataan itu.

Mangsa banjir juga dinasihat untuk menjauhi talian elektrik yang putus dan tidak menggunakan gas atau bahan elektrik yang telah tenggelam dalam banjir. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan