Hudud Kuasai Sidang DUN T'gganu

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERNGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua hari ini agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).

Abdul Hadi ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) oleh kerajaan Terengganu.

Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai Syariah daripada perlaksanaannya.

Pada ketika itu, Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan dari situ ketegangan pula bermula.

Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.

Sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali kerajaan pilihan raya semakin hampir.

Katanya, semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004, Presiden PAS Abdul Hadi sendiri yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu iaitu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.

Sementara itu Khazan berkata kerajaan Terengganu sedang berusaha ke arah itu di mana 32 orang hakim Mahkamah Syariah akan dihantar berkursus di Institut Kehakiman Mahkamah Syariah di Riyadh tahun lepas.

Katanya, tahun ini kerajaan negeri telah menghantar hakim-hakim untuk berkursus, dan ini adalah antara usaha-usaha ke arah perlaksanaan hudud di Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan