Dua Anggota Baru Angkat Sumpah Senator Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penyelaras Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang, Melaka Datuk Saat Abu dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) Lihan Jok pada Rabu, mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Saat, 60, yang juga Bendahari Umno Bukit Katil, merupakan ahli perniagaan dan juga anggota Lembaga Pengarah Syarikat Air Melaka Bhd.

Lihan, 54, yang juga ahli perniagaan pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tutoh Apoh, Baram (2000-2001).

Kedua-dua mereka dilantik sebagai Senator buat kali pertama. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan