Bomba Terengganu Bersedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Terengganu sudah bersiapsiaga menghadapi gelombang kedua banjir yang diramalkan berlaku di negeri Pantai Timur pertengahan bulan ini.

Penolong Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata 654 pegawai dan anggota di negeri itu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar gelombang kedua dan air pasang besar itu.

"Semua anggota telah diberi latihan bagi menghadapi banjir yang diramalkan teruk lebih teruk melanda negeri di Pantai Timur.

"Kita telah mengharungi bencana banjir gelombang pertama akhir bulan lalu dan kini telah bersedia untuk menghadapinya buat kali kedua," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Rozairi berkata anggota akan ditempatkan di 335 lokasi di seluruh negeri yang sering dilanda banjir sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata cuti pegawai dan anggota bomba juga dibekukan secara berperingkat jika banjir besar melanda negeri ini, dan jika kekuatan tidak mencukupi bagi menghadapi bencana ini, pihaknya akan meminta bantuan negeri lain.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah sebelum ini berkata Terengganu membelanjakan kira-kira RM1.1 juta ketika menghadapi gelombang pertama banjir baru-baru ini.

Mazlan berkata beliau amat berpuashati dengan gerak kerja yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan lain-lain dalam membantu mangsa banjir.

Beliau berkata kerugian harta benda akibat banjir pusingan pertama itu sedang ditaksir oleh jabatan-jabatan berkaitan untuk dihantar kepada kerajaan negeri atau Majlis Keselamatan Negara untuk pampasan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan