Bank Islam Intai Peluang Kembangkan Aktiviti Di Indonesia, Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd kini sedang mengintai peluang untuk mengembangkan aktiviti di Indonesia dan Bangladesh kerana kedua-dua negara ini mempunyai penduduk Islam yang ramai, dasar peraturan perbankan yang mencukupi dan infrastruktur sokongan tersedia untuk memudahkan operasi pembiayaan dan perbankan berasaskan Shariah.

Pengarah Urusan Datuk Seri Zukri Samat berkata memandangkan penggabungan dan pengambilalihan berada dalam agenda Bank Islam untuk pertumbuhan inorganik dan peluasan korporat, bank sentiasa meninjau untuk mendapatkan calon yang sesuai tetapi belum lagi memulakan sebarang perbincangan mengenai penggabungan dan pengambilalihan.

Sementara kedua-dua negara telah dikenal pasti sebagai "negara paling menarik" yang sesuai dengan rancangan peluasan bank, Zukri, bagaimanapun, berkata rancangan seumpama itu perlu mengambilkira situasi ekonomi global semasa dan kesannya di rantau ini.

"Beberapa pakar ekonomi percaya yang mungkin boleh berlaku kejatuhan berganda dengan Eropah tergelincir kepada kemelesetan dan pertumbuhan di rantau Asia akan perlahan.

"Kami sentiasa memantau situasi ini dan kerana itu juga, kami mengguna pakai pendekatan berhati-hati ke arah menjayakan agenda kami, jadi, kami begitu berhati-hati dan kami tidak mahu menjadi terlalu agresif.

"Bagaimanapun, mesti ada peluang dalam mana-mana krisis pengambilalihan mungkin berlaku jika pemegang saham mahu keluar dan selagi terdapatnya sinergi dan harga pula sesuai, peluang sentiasa ada," kata beliau.

Zukri berkata kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang kukuh yang menawarkan peluang untuk perbankan Islam, dan kehadiran ramai pekerja Indonesia dan Bangladesh di sini turut membolehkan bank menceburi perniagaan pengiriman wang yang begitu lumayan.

Diminta mengulas mengenai pasaran Indonesia, Zukri berkata Bank Pusat Indonesia belum lagi membuat pengumuman mengenai pemilikan asing dalam institusi kewangan negara.

Pada masa ini, syarat membenarkan orang asing memiliki lebih daripada 90 peratus. Bagaimanapun, ini mungkin berubah.

"Indonesia mempunyai populasi melebihi 240 juta, sebahagian besar ialah Islam. Bagaimanapun, penembusan aset perbankan Islam hanya tiga peratus daripada jumlah aset perbankan. Kami lihat ada peluang di sini," kata beliau kepada Bernama dalam satu temubual.

Bangladesh, selain daripada populasi Islamnya seramai 140 juta, juga telah menyediakan infrastruktur perbankan Islam untuk Bank Islam memulakan operasi sekira berlakunya sebarang penggabungan atau pengambilalihan. Ia adalah pasaran yang serupa dengan Indonesia, katanya.

Beliau berkata model pengembangan seberang laut Bank Islam akan melibatkan pengambilalihan bank-bank Islam berbanding bank-bank konvensional. Ini ialah untuk mengelakkan isu-isu operasi melibatkan pendapatan bukan-Shariah daripada perniagaan bank-bank konvensional semasa tempoh peralihan.

Zukri berkata Bank Islam lebih berminat untuk bekerja dengan pihak tempatan, yang lebih biasa dengan pasaran tempatan dan persekitaran peraturan, sambil menambah kepentingan yang lebih besar bukanlah satu syarat tetapi lebih diutamakan, melainkan ia tidaklah terlalu mahal untuk bank.

Mengenai pengambilalihan bank sebanyak 20 peratus kepentingan dalam Amana Bank Ltd, Sri Lanka, beliau berkata: "Ia adalah keputusan yang baik untuk memasuki Sri Lanka. Kami yakin dengan potensinya dan kami menjangkakan pelaburan ini akan balik modal selepas dua tahun."

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan