PM Lancarkan Pelan Maritim Negara

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan Komprehensif Negara bagi membangunkan industri pembinaan dan pembaikan kapal adalah di antara pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pada hari Selasa di Langkawi.

Pelan Strategik 2020 bagi Pembinaan/ Pembaikan Kapal ini dirangka oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Persatuan Indusri Marin Malaysia (AMIM).

Pelan ini dijangkakan akan menjana RM6.35 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK) serta mewujudkan 55,500 pekerjaan bagi Malaysia menjelang 2020.

Pertumbuhan yang dijangkakan mampan dan memanfaatkan semua pihak ini khususnya Sarawak yang menyaksikan pertumbuhan industri maritim berkembang sebagai penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi Sarawak.

Pelan ini mensasarkan untuk meliputi 80 peratus daripada pasaran pembinaan baru tempatan dan 2 peratus daripada pasaran pembinaan baru global, iaiatu peningkatan sebanyak 50 peratus bagi tempatan dan 0.8 peratus bagi global pada tahun 2010.

Menurut data pihak MIGHT, sumbangan utama akan dijana melalui peningkatan bagi pembinaan dan pembaikan kapal-kapal Offshore Support Vessels (OSV) bagi eksplorasi minyak dan gas, serta penggantian kapal-kapal milik Petronas Service Providers (PSC) sejumlah RM10 bilion menjelang 2020.

Sementara itu, bagi segment pembaikan kapal, pelan ini mensasarkan 3 peratus daripada pasaran pembaikan di Selat Melaka bernilai RM1 bilion setahun.

Kapal-kapal OSV yang memberikan perkhidmatan luar pesisir Laut China Selatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dianggarkan bernilai lebih daripada RM200 juta setahun.

Saranan-saranan pelan ini dijangka akan meningkatkan daya saing industry Malaysia dalam bidang pembinaan dan pembaikan kapal, yang menhhadi persaingan yang semakin sengit daripada pemain-pemain serantau yang lain seperti Singapura, Vietnam, Indonesia, India, China dan Filipina.

Pelan ini mensasarkan secara spesifik kepada segmen pembinaan dan pembaikan kapal oleh pihak SME dan mensasarkan untuk mempertingkatkan keupayaan Malaysia bagi produk-produk dan proses-proses bernilai tinggi serta berteknologi tinggi.

Saranan-saranan utama meliputi penguatkuasaan kualiti pembinaan dan pembaikan, peningkatan tahap nilai tempatan serta penggunaan teknologi-teknologi dan proses-proses baru.

Pelan ini turut mempromosikan kandungan tempatan dalam rekabentuk dan pembinaan serta menjajarkan strategi-strategi kerajaan negeri dan tempatan kepada keperluan industri pembinaan pembaikan kapal.

Bagi mencapai sasaran PNK sebanyak RM6.35 bilion dan mewujudkan 55,500 pekerjaan baru, pelan in menyarankan penglibatan kerajaan serta undang-undang bagi bebrapa perkara termasuk pembentukan dasar, rangka undang-undang, pembiayaan dan pakej insentif bagi pelaburan serta program-program pembangunan sumber manusia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan