Pesakit Di Tiga Hospital Kini 'Bebas Kesakitan'

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Kesihatan pada Isnin melancarkan perkhidmatan "hospital bebas kesakitan" di tiga hospital kerajaan yang membolehkan pesakit tidak merasai kesakitan khususnya selepas pembedahan.

Ketika melancarkannya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu dapat disediakan hasil perkembangan teknik bius, pembedahan, peralatan serta ubat selain memanfaatkan teknik perubatan tradisional dan komplimentari terutama rawatan akupuntur.

Perkhidmatan itu, yang turut disediakan di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang, menyasarkan pesakit yang menjalani prosedur yang berkemungkinan meninggalkan kesan kesakitan yang kuat.

"Tiga buah hospital ini dipilih untuk menjalankan projek perintis ini di mana semua modaliti rawatan dilaksanakan secara berintegrasi untuk meringankan beban sakit pesakit," kata Liow kepada pemberita.

Beliau berkata konsep 'hospital bebas kesakitan' menggalakkan perkhidmatan pembedahan secara rawatan harian di mana pesakit tidak perlu bermalam di hospital dan seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan.

Ia menggunakan pendekatan multidisiplin membabitkan kerjasama antara pakar pembedahan, pakar bius, pakar pengurusan kesakitan, paramedik, ahli fisioterapi dan kakitangan perubatan dan kesihatan lain.

Liow juga berkata kementerian masih kekurangan pakar rawatan kesakitan kerana pada masa ini terdapat hanya 10 orang pakar dan 11 pelatih dalam sub kepakaran.

"Kita memang kekurangan pakar rawatan kesakitan buat masa sekarang, jadi perkhidmatan hospital bebas kesakitan ini mengambil sedikit masa untuk diperluaskan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan