Pak Lah Kata Akan Kempen Tapi Tak Mahu Sebut Sama Ada Akan Pertahan Kerusi Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan tetap turun berkempen di kawasan parlimennya Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan dengan jelas apakah beliau akan terus bertanding mempertahankan kerusi parlimen Kepala Batas yang disandangnya sekarang.

Katanya, bukan semua yang turun berkempen bermakna dia akan bertanding dalam pilihan raya.

“Tak usah cakaplah, macam saya ni orang tak mau dengar dah...," katanya dalam nada santai pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kebangsaan "Kesan Sistem Kewangan Islam di Malaysia Terhadap Kekuatan Ekonomi Ummah - Satu Penilaian" di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, Selasa.

“Memadai untuk saya katakan sebagai anggota parti, saya akan berkempen untuk BN,” katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan