K'jaan S'gor Lantik Konsultan Antarabangsa Siasat Kekeruhan Air Sg S'gor

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah melantik satu agensi bebas untuk menyiasat apakah punca yang menyebabkan air di Sungai Selangor menjadi keruh dan tercemar.

Sungai Selangor adalah sumber utama air bersih yang dirawat untuk bekalan air ke rumah di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebuah firma konsultansi antarabangsa, Halcrow, telah dilantik untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas empat loji rawatan air di Sungai Selangor.

Tugas mereka akan dibantu oleh kakitangan Syabas.

Empat loji yang terjejas teruk ialah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Laporan awal mengenai status air bersih di keempat-empat loji tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu.

“Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Selangor akan turut dipanggil untuk memberi perincian kepada masalah tersebut," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Bernama melaporkan, kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok di sini berterusan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan yang membekalkan 60 peratus bekalan air kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi Isnin.

"Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) pagi Isnin berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya ketika ditemui di Loji Rawatan Air SSP1 di sini, semalam.

Abdul Halem berkata, kejadian pencemaran air mentah seumpama itu amat membimbangkan pihak Syabas sekiranya pengurangan pengeluaran air dari loji rawatan air ini berterusan melepasi pukul 8 malam semalam. "Ia akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira tiga juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selain pengguna komersial dan industri," katanya.

Abdul Halem berkata, sekiranya kadar kekeruhan turun kepada 2,000 NTU, pihak loji rawatan air boleh meningkatkan pengeluaran.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca pencemaran Sungai Selangor dan akan memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan