Hujan Lebat Punca Kekeruhan Melampau Air Sungai Selangor

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kekeruhan air yang melampau di Sungai Selangor adalah disebabkan oleh hujan yang sangat lebat sepanjang minggu ini di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Saliran dan Perparitan Negeri Selangor, Mohd Abdul Nassir Bidin berkata, fenomena itu adalah normal dan tahap kebersihan air di sungai itu akan kembali seperti biasa.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan mereka mendapati, tidak ada punca lain yang menyebabkan air di sungai itu menjadi begitu keruh melainkan kerana hujan yang terlalu lebat yang melanda kawasan hulu Sungai Selangor beberapa hari lalu.

Jelas beliau tidak berlaku pembalakan haram atau pembuangan bahan dari kilang dari kawasan berdekatan.

Bagaimanapun jelas beliau, kejadian ini tidak perlu dikhuatiri kerana ia adalah fenomena biasa yang pernah berlaku sebelum ini.

“Tahun lalu, iklim agak kering jadi fenomena seperti ini tidak berlaku tetapi pada tahun-tahun sebelum ini ia pernah berlaku," ujarnya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor turut mengumumkan bahawa mereka telah melantik satu agensi bebas untuk menyiasat apakah punca yang menyebabkan air di Sungai Selangor menjadi keruh dan tercemar.

Sungai Selangor adalah sumber utama air bersih yang dirawat untuk bekalan air ke rumah di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebuah firma konsultansi antarabangsa, Halcrow, telah dilantik untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas empat loji rawatan air di Sungai Selangor.

Tugas mereka akan dibantu oleh kakitangan Syabas.

Semalam (Isnin), Bernama melaporkan bahawa kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dikhuatiri akan mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok di sini berterusan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan yang membekalkan 60 peratus bekalan air kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi Isnin.

"Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) pagi Isnin berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya ketika ditemui di Loji Rawatan Air SSP1 di sini, semalam.

Abdul Halem berkata, kejadian pencemaran air mentah seumpama itu amat membimbangkan pihak Syabas sekiranya pengurangan pengeluaran air dari loji rawatan air ini berterusan melepasi pukul 8 malam semalam.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan