AirAsia Harap MAHB Berikan Pertimbangan Sewajar Kepada Keperluannya

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Dalam pertelingkahan terbaru antara AirAsia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat penerbangan tambang rendah itu melahirkan harapannya agar dapat bekerja sebagai satu keluarga dan pengendali lapangan terbang itu pula memberikan pertimbangan sewajar kepada keperluannya di terminal kos rendah yang baharu (KLIA2).

Ketua Pegawai Operasi AirAsia, Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu akan menjadi syarikat terbesar yang menggunakan lapangan terbang baharu itu tetapi beberapa cadangan dan keperluan asasnya tidak dilayan oleh MAHB.

"Mengenai mesyuarat antara MAHB dan AirAsia yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, dicadangkan agar kedua-dua entiti itu membentuk jawatankuasa bersama mengenai pembangunan KLIA2.

"Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada. Walaupun, ia agak lewat sekarang ini, kami masih terbuka kepada jawatankuasa bersama untuk kepentingan AirAsia, MAHB dan semua pihak terbabit dalam pembangunan lapangan terbang itu.

"Sekiranya jawatankuasa bersama itu telah dibentuk, kesemua masalah ini tidak akan muncul kerana ia telah dapat diselesaikan secara dalaman," kata beliau dalam taklimat media di sini, Selasa.

Beliau berkata, kebimbangan utama syarikat penerbangan itu ialah kos yang meningkat untuk terminal baharu itu yang mungkin menjuruskan kepada sewa, surcaj dan bil tambahan yang tinggi dikenakan ke atas AirAsia apabila syarikat itu memindahkan operasinya ke KLIA2 yang dijadual beroperasi pada 2013.

Ini, kata beliau, mungkin juga boleh menjadi sebab untuk AirAsia menaikkan tambangnya pada masa hadapan.

"Selain itu, kami meminta agar MAHB bersetuju mempunyai perjanjian perkhidmatan dengan kami untuk menduduki lapangan terbang baharu itu kerana kami tidak mempunyai perjanjian seumpama itu pada masa ini dengan terminal penerbangan tambang rendah yang ada sekarang.

"Kami juga mahu MAHB menyatakan secara hitam putih caj lapangan terbang semasa agar ia tidak dinaikkan sebaik sahaja kami berpindah ke lapangan terbang baharu," kata beliau.

Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu juga meminta agar laluan teksi dibina dalam fasa pertama terminal baharu, malah, ini turut ternyata dalam rancangan landasan permulaan, tetapi rancangan itu telah dibatalkan.

Ia kini dirancang untuk pembinaan dalam fasa kedua projek berkenaan.

"Jika landasan itu tidak dibina, kami akan menanggung kerugian berjumlah sehingga RM40 juta setahun, hanya untuk bahan bakar, kerana kami perlu melintasi landasan itu tanpa laluan teksi," tambah beliau.

Bo Lingam juga menyatakan yang AirAsia tidak menafikan hakikat yang MAHB dan syarikat penerbangan itu mempunyai sejumlah 47 mesyuarat mengenai projek lapangan terbang baharu itu.

"Bagaimanapun, tiada keputusan telah diambil pada mesyuarat itu. Ia lebih kepada satu pihak dengan kami membentangkan rancangan dan cadangan terbaru kami dan apa yang hanya mereka kata ialah pihak lembaga akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan dan membuat keputusan akhir. "Kita mahukan lapangan tambang rendah, prosedur operasi kita tidak memerlukan lapangan terbang berkelas dunia. Kita telah maklumkan kepada MAHB perkara ini banyak kali tetapi perkembangan terbaru jelas menunjukkan yang mereka tidak faham apa yang kita cuba buktikan di sini," kata beliau.

Bo Lingam berkata, pada 2009, syarikat telah mengenal pasti sebidang tanah dan melakarkan contoh reka bentuk lapangan terbang.

"Kos projek itu, jika berdasarkan kepada reka bentuk, tidak akan melebihi RM700 juta, tetapi tanpa sebarang alasan, MAHB telah menolak kedua-dua tapak dan reka bentuk itu.

"Kami telahpun tahu yang tapak pada masa ini akan melibatkan lebih banyak kos dan kerja kerana tanahnya lembut tetapi MAHB telah membuat keputusan akhir dan sekarang, tarikh penyiapannya telah ditangguh dari akhir tahun kepada September 2013," katanya. Beliau juga berkata, ekoran penangguhan itu, AirAsia perlu menunda penghantaran kapal terbang baharu kerana kekurangan ruang.

AirAsia, telah banyak membantu Malaysia menempatkan dirinya di peta dunia sebagai antara negara yang menawarkan pengembaraan tambang rendah, kata Bo Lingam.

"Jadi, apa salahnya jika MAHB memberikan kami hubungan rakan perniagaan dalam perkara ini," kata beliau.

AirAsia dan MAHB dijadual mengadakan mesyuarat mereka mengenai lapangan terbang baharu itu esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan