Tujuh Kes Orang Hilang Berjaya Diselesaikan Bomba dan Penyelamat Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu menerima lapan kes berkaitan orang hilang sepanjang tahun ini sehingga November dan tujuh dari kes itu berjaya diselesaikan.

Satu kes yang gagal diselesai melibatkan seorang remaja yang dilaporkan lemas di Tasik Kenyir pertengahan tahun ini, kata Penolong Penguasa Bomba Dan Penyelamat Negeri Khairul Anuar Ahmad.

Beliau berkata antara faktor yang melibatkan kehilangan orang ini ialah lemas, nyanyuk dan lembam, katanya di sini pada Isnin.

Selain itu, pihaknya juga menerima laporan orang sesat semasa melakukan ekspedisi di hutan, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan