Semua Produk KR1M Perlu Jalani Ujian Makmal - Berita Semasa | mStar

Semua Produk KR1M Perlu Jalani Ujian Makmal

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mengarahkan semua pembekal produk 1Malaysia menghantar produk mereka untuk ujian makmal berkala.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, KR1M berkata ujian bagi semua 250 produk 1Malaysia yang melibatkan kos RM300,000, akan ditanggung oleh pembekal dan pembuat itu sendiri.

"Ia tidak akan dibiayai oleh Kerajaan, atau NGO, atau pengurusan KR1M," kata kenyataan itu.

KR1M berkata pelabelan dan kandungan adalah dua isu berbeza yang boleh berlaku pada sebarang produk, terutama produk yang baru memasuki pasaran, dan mesti diperbetulkan dan diperbaiki, dan tidak diklasifikasi sebagai "tidak selamat" atau berbahaya jika diguna.

Sabtu lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa 13 produk 1Malaysia gagal mematuhi Peraturan Makanan 1985, dan ia telah mengambil tindakan sewajarnya.

Produk terlibat ialah susu segar, susu pekat, krimer pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam bertin, kordial mangga, minyak sapi, kacang, mentega kacang berkrim, mentega kacang Crunchy, mentega kacang Crispy, dan sardin ikan dalam sos tomato bertin (155 gram).

Kenyataan itu menjelaskan produk-produk berkenaan akan diberi peluang memasuki semula pasaran sebaik saja ia diperbetulkan, dan seterusnya diperiksa oleh Kementerian Kesihatan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan