'Saya Tidak Akan Jawab Cabaran Atau Dakwaan': Peter Chin

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Calon Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata beliau memilih untuk tidak menjawab kepada cabaran atau dakwaan yang dilontarkan terhadapnya menjelang persidangan perwakilan tiga tahun sekali dan pemilihan presiden, hujung minggu ini di Kuching.

"Tidak..saya tidak akan jawab kerana ini boleh menjadikan suasana yang sudah keliru menjadi bercelaru," katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Sibu sementara menunggu penerbangannya ke Miri.

Semalam, seorang lagi calon presiden Datuk Sri Wong Soon Koh mendakwa bahawa Chin dan bendahari agung SUPP Datuk David Teng Lung Chi telah mengungkapkan sentimen anti Barisan Nasional dalam ceramah mereka di beberapa tempat.

Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat kemudian telah mencabar mereka untuk menyatakannya secara terbuka sama ada mereka telah berbuat demikian atau tidak dan menyatakan beliau mempunyai rakaman ucapan mereka yang sedemikian.

"Ia satu kebiasaan bagi mana-mana pemilihan presiden parti politik yang menyaksikan banyak cabaran, dakwaan dan kenyataan akan dibuat.

"Saya fikir, pada akhirnya, ia terserah kepada perwakilan untuk membuat keputusan pada persidangan itu,' katanya sambil menyatakan bahawa beliau dan Wong masih berkawan.

Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata beliau telah memandu sepanjang perjalanan dari Kuching semalam untuk bertemu dengan penyokongnya di Sri Aman, Debak, Saratok dan malam tadi di Sarikei.

"Saya bercuti seminggu untuk memberi tumpuan kepada politik parti saya," katanya.

Katanya beliau juga gembira dengan layanan mesra yang diberikan kepadanya setakat ini.

Sementara itu, Chin berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Miri yang disandangnya dalam pilihan raya nanti.

"Saya masih belum membuat sebarang keputusan tetapi buat masa ini adalah lebih baik saya terus berkhidmat kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan