Rakyat Sarawak Di Johor Disaran Daftar Sebagai Pengundi Di Johor - Berita Semasa | mStar

Rakyat Sarawak Di Johor Disaran Daftar Sebagai Pengundi Di Johor

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom menyaran kepada kira-kira 40,000 rakyat Sarawak yang menetap di Johor supaya mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi di Johor kelak.

Beliau berkata berdasarkan faktor logistik, hanya segelintir daripada kira-kira 40,000 rakyat Sarawak di Johor yang boleh pulang mengundi di Sarawak semasa pilihan raya.

Dengan mendaftar sebagai pengundi di Johor, masalah yang dihadapi atau perkhidmatan yang mereka perlukan semasa tinggal di negeri ini juga mudah diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Anak-anak Sarawak di Masai dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata sehingga kini kira-kira 2,000 rakyat Sarawak yang kebanyakannya berbangsa Dayak telah mendaftar sebagai pengundi di Johor.

Mawan berkata Menteri Pengajian Tinggi yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan dialog dengan masyarakat Sarawak di negeri ini pada Januari tahun depan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan