PM Qatar Tiba Untuk Lawatan Negara Kedua Ke Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad Jassim tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini kira-kira 11.30 pagi ini untuk melakukan lawatan negara selama tiga hari.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Lawatan kedua Perdana Menteri Qatar itu dibuat atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipanjangkan semasa lawatan beliau ke Qatar 14 Mei lepas.

Dalam lawatan kali ini, Perdana Menteri Qatar itu akan diberi sambutan rasmi diikuti pertemuan empat mata antara kedua-dua Perdana Menteri, mesyuarat dua hala antara Malaysia dengan Qatar serta menghadiri majlis makan tengahari di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini.

Perdana Menteri Qatar itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz serta menghadiri majlis makan malam di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Beliau dijangka berlepas ke Langkawi malam ini untuk menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA) esok dan seterusnya mengadakan lawatan peribadi ke pulau lagenda itu hari berikutnya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan