Persiapan Hadapi Banjir Di Kedah Memuaskan:Rais

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Persiapan menghadapi banjir di Kedah adalah memuaskan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Melihat daripada susunan barang-barang yang akan digunakan dalam kecemasan, persiapan di negeri ini paling memuaskan. Setakat ini tidak ada berita banjir yang menggerunkan di negeri ini, namun persediaan harus dilakukan.

"Dengan anggota sukarelawan yang cukup juga kita yakin dapat hadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat persediaan banjir di Pangkalan Hadapan Penempatan Banjir, Mukim Wang Tepus dekat sini Isnin.

Rais, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, bagi setiap Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia di seluruh negara pula terdapat lebih 1,000 anggota yang akan turut bertindak sebagai sukarelawan semasa bencana.

Bagi kementerian pula, beliau berkata pihak televisyen dan radio termasuk milik swasta sudah diarah membuat liputan banjir melalui laporan berkala bermula minggu depan sehingga masyarakat berwaspada.

Setiausaha MKN Negeri, Abu Bakar Sudin dalam taklimatnya, berkata 456 pusat pemindahan di Kedah yang boleh memuatkan sehingga 80,000 orang disediakan untuk menghadapi kemungkinan banjir.

"Bekalan makanan untuk keperluan harian semasa bencana pula, kita ada 42 kedai yang akan menyediakan bekalan di setiap daerah, manakala dari segi kenderaan kita ada 70 bot, 60 lori, 80 kenderaan pacuan empat roda dan 400 kenderaan lain.

"Pengkalan Hadapan yang baru diwujudkan JKM (Jabatan Kebajikan Masyrakat) ini kita ada empat iaitu tiga di Kubang Pasu dan satu di Padang Terap," katanya.

Abu Bakar berkata 25 stesen pemantauan banjir yang dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan memantau paras air di sungai-sungai di seluruh negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan