Pahang Bentang Bajet Berimbang Selepas Lebih 10 Tahun Defisit

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan bajet berimbang selepas lebih 10 tahun mengalami bajet defisit.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Bajet 2012 bagi perbelanjaan mengurus berjumlah RM489.74 juta dan hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM509.93 juta.

"Ini bererti terdapat lebihan jika dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan defisit sebanyak RM68.25 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan negeri Pahang pada persidangan ketiga penggal kempat Dewan Undangan Negeri Pahang yang ke-12, di sini.

Adnan berkata kerajaan negeri akan menguruskan sumber secara bijaksana disamping memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dan melaksanakan penjimatan melalui perbelanjaan yang ketat.

"Tetapi kita tidak akan mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan, ianya selaras dengan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya. LAGI

Beliau berkata Bajet 2012 menyediakan peruntukan sebanyak RM632.9 juta bagi melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajan negeri.

Katanya peruntukan RM489.74 juta itu adalah untuk perbelanjaan mengurus, dan selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan.

"Ini bermakna kerajaan negeri Pahang sebagaimana biasa tidak meminjam dari mana-mana pihak untuk membiayai perbelanjaan mengurus tetapi kerajaan negeri meminjam (dari kerajaan Persekutuan) bagi membiayai perbelanjaan pembangunan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga komited untuk melaksanakan perbelanjaan yang lebih mampan disamping memastikan aktiviti ekonomi terus berkembang.

"Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan cukai tanah dan lain-lain cukai yang membebankan rakyat. Kerajan negeri akan terus menguruskan perbelanjaan dengan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan