Najib Puji Perdana Menteri Qatar Makmurkan Negara

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak memuji rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Thani, kerana berjaya memimpin negara itu menjadi stabil dan makmur.

"Kita tidak mendengar apa-apa masalah di Qatar, jadi keadaan di sana tentunya baik sekali, dan ini adalah bukti mengenai kepimpinan yang cekap," kata Perdana Menteri pada jamuan tengah hari di Seri Perdana untuk meraikan Sheikh Hamad dan rombongan yang tiba hari ini untuk lawatan tiga hari.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri kabinet.

Sebelum itu, Sheikh Hamad mengadakan perbincangan dua hala dengan Najib. Malam ini, beliau dan rombongan berlepas ke Langkawi untuk menghadiri Pameran Maritim dan Aero Angkasa Langkawi (Lima) bermula esok.

Mengenai perbicangan mereka, Najib berkata ianya amat produktif dan kedua-dua negara berharap dapat menjayakan perkara-perkara yang telah dipersetujui.

Perdana Menteri juga berkata beliau berharap untuk meyakinkan Sheikh Hamad agar Qatar akan membuat pelaburan di Langkawi.

Sheikh Hamad pula berkata hubungan baik antara Malaysia dan Qatar boleh dijadikan teladan kepada kedua-dua rantau.

"Saya harap hubungan ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan