MB Terengganu Bentang Bajet RM1.95 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1.95 bilion untuk Bajet 2012, pertambahan 3.29 peratus atau RM62.1 juta daripada peruntukan tahun ini.

Bajet dengan tema 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan : Bajet Kesejahteraan Rakyat' itu dibentang oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini Isnin.

Ahmad berkata kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan yang cukup besar dengan menumpukan projek pembangunan berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata antara projek yang bakal memberi impak kepada negeri Terengganu ialah projek Lebuh Raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu.

Ahmad berkata berkata bajet itu memberi penekanan kepada tiga sterategi utama iaitu untuk memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan untuk meningkatkan daya saing negeri.

Katanya adalah tepat apabila kerajaan negeri melektakkan keutamaan tertinggi kepada sektor pendidikan dan pembangunan modal insan dalam rancangan pembangunannya.

Ahmad berkata bagi kesejahteraan rakyat, Bajet tahun depan memberi tumpuan utama iaitu menjamin dan memelihara kesejahteraan hidup rakyat dengan menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain.

Beliau berkata matlamat kerajaan ialah untuk mensifarkan miskin tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada satu peratus pada tahun 2013.

"Oleh itu kerajaan negeri menggandakan usaha dengan pendekatan yang lebih agresif bagi mengatasi masalah kemiskinan melalui dua strategi iaitu melaksanakan pembangunan fizikal dan perubahan minda serta sahsiah diri kepada golongan terbabit," katanya.

Ahmad berkata kerajaan akan meneruskan program bantuan rumah, program peningkatan pendapatan, program latihan kemahiran dan kerjaya dan program jaya diri.

Beliau turut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju menyediakan satu dana pinjaman perumahan rakyat negeri Terengganu dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta dengan jumlah maksimum pinjaman RM50,000 seorang yang berteraskan syariah.

Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan