Keputusan Naikkan Cukai Lapangan Terbang Ambil Kira Penumpang Domestik

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keputusan Kementerian Pengangkutan meluluskan kenaikan cukai lapangan terbang atau caj perkhidmatan penumpang bagi penerbangan antarabangsa dibuat selepas mengambil kira perjalanan penumpang domestik di Sarawak dan Sabah.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kutipan cukai lapangan terbang akan digunakan untuk pembangunan lapangan terbang, dan peruntukan untuk kemudahan yang baik, memandangkan hanya lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Johor Bahru, sahaja yang mencatat untung.

"Saya yakin cukai ini sangat minimum dan hanya melibatkan penumpang antarabangsa, seperti rakyat Malaysia yang keluar negara serta penumpang asing yang meninggalkan lapangan terbang di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kunching (KIA) di sini, yang siap Mei lepas.

Beliau berkata lapangan terbang kecil (STOL) di Limbang, Ba'kelalan dan Lahad Datu serta lapangan terbang lebih besar di Trengganu, Melaka dan Langkawi, kini menerima subsidi kerajaan.

Sejak 15 Nov lepas, beliau berkata penumpang yang berlepas dari terminal penebangan tambang rendah di Sepang dan Terminal 2 Kota Kinabalu, hanya perlu membayar tambahan RM7.

Kadar yang dikenakan di lima lapangan terbang antarabangsa di negara ini adalah lebih rendah berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia, katanya.

Penumpang antarabangsa yang keluar dari Malaysia kini perlu membayar RM65 berbanding RM51 sebelumnya, berbanding 60 pound (GBP) atau kira-kira RM300 dari Lapangan Terbang Heathrow di London, United Kingdom, katanya.

Semalam, AirAsia Bhd melancarkan petisyen dalam talian dengan harapan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyemak semula keputusan itu dengan berhujah bahawa kenaikan itu membantutkan orang ramai daripada bercuti dan menjejaskan industri pelancongan.

MAHB sebelum ini berkata cukai lapangan terbang Malaysia tidak berubah sejak 2002.

Secara perbandingan, penumpang antarabangsa yang berlepas dari Singapura membayar S$21 (RM51) Indonesia 150,000 rupiah (RM53); India 500 rupees (RM30); Thailand 700 baht (RM71); dan Hong Kong HK$120 (RM60). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan