Kemalangan Perindustrian Dicatat Paling Tinggi Dalam Industri Pembalakan Di Sarawak

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Industri pembalakan di Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi dalam kemalangan perindustrian iaitu 5,351 kes pada tahun lepas, menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri Dasuki Mohd Heak.

Beliau berkata industri itu mencatatkan peratus tertinggi bagi 1,000 pekerja sungguhpun jumlah kes paling tinggi dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah industri pembuatan.

"Beberapa kes masih disiasat oleh DOSH kerana kesukaran menghampiri kawasan tempat kerja dalam industri pembalakan," katanya kepada pemberita selepas merasmian Persidangan dan Pameran Borneo mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kedua oleh pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye di sini Isnin.

Daripada jumlah kes itu, Sibu mencatatkan jumlah kemalangan perindustrian paling tinggi 1,424 kes diikuti Kuching, 1,368 pada tahun lepas.

Setakat ini 20 kes telah dibawa ke mahkamah dan dikenakan kompaun berjumlah RM89,000, kata beliau.

Bagi jumlah kes di seluruh negara pada tahun lepas, industri pembuatan mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 17,573 diikuti perkhidmatan (11,270), perdagangan (9,437) dan pembinaan (4,667).

Sementara itu Lee berkata statistik Kementerian Sumber Manusia menunjukkan pengurangan yang banyak dalam kemalangan perindustrian lebih 52.7 peratus dalam tempoh 10 tahun, iaitu 75,386 pada 2000 menurun 35,616 pada tahun lepas, terutamanya selepas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperkenalkan pada 1994.

"Sungguhpun ada penurunan dalam purata jumlah kemalangan perindustrian dari lapan bagi 1,000 pekerja pada 2000 kepada 4.8 bagi 1,000 pekerja tahun lepas, kita mestilah mencapai tanda aras negara maju yang hanya satu atau dua kemalangan bagi 1,000 pekerja, katanya sambil menambah bahawa Malaysia mestilah terus mengadakan pendekatan strategi baru bagi memenuhi cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pada tahun lepas sahaja, jumlah kemalangan dilaporkan ialah 22,040 sementara 35,603 kemalangan perindustrian dilaporkan kepada Perkeso, yang telah membayar RM1,678,160,051 kepada 351,433 penerima di seluruh negara, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan