Kedudukan Unik Malaysia Di Rantau Ini Bantu Pelaburan Qatar:Sheikh Hamad

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengalaman Malaysia dan kedudukannya yang unik di rantau ini akan membantu Qatar untuk melabur lebih banyak di dunia sebelah sini, kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim Jabr Thani pada Isnin.

Sheikh Hamad berkata terdapat juga lebih banyak peluang pelaburan dalam perdagangan dan perniagaan di negara ini.

"Kedua-dua negara adalah negara Islam yang rapat dan kami juga sangat dekat di hati mengenai bagaimana kita boleh meningkatkan hubungan antara kedua buah negara. Ini menunjukkan kita akan melakukan apa sahaja untuk meningkatkan hubungan antara Qatar dan Malaysia.

"Saya fikir banyak peluang dalam dagangan dan perniagaan dan dengan kedudukan unik anda di rantau ini dan dengan pengalaman dan pengetahuan Malaysia, boleh membantu kami untuk melabur," katanya pada sidang akhbar bersama selepas bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertemuan antara delegasi kedua buah negara di sini, Isnin.

Sheikh Hamad dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia yang merupakan yang pertama sebagai Perdana Menteri Qatar.

Katanya momentum hubungan Qatar dan Malaysia perlu sentiasa kukuh dan kedua buah negara perlu menggalakkan hubungan antara rakyat dengan rakyat.

Sebelum itu, dalam perbincangannya dengan Najib, Sheikh Hamad mencadangkan supaya Malaysia membuka Bilik Pameran Kebangsaan di Doha dan Najib telah memberikan persetujuan kepada cadangan itu.

Dagangan dua hala antara Malaysia dan Qatar tahun ini meningkat hampir 200 peratus kepada RM3.3 bilion dan kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk meningkatkan lagi jumlah dagangan itu.

Najib kemudian meraikan Sheikh Hamad pada jamuan tengah hari di Seri Perdana. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan