Hujan Dijangka Berterusan Di Pantai Timur Hingga Malam Ini - Berita Semasa | mStar

Hujan Dijangka Berterusan Di Pantai Timur Hingga Malam Ini

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga malam ini, yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, keadaan itu akan berlaku di Pasir Mas, Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang di Kelantan.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Maran di Pahang, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan