DBKL Disaran Tebang Pokok Demi Keselamatan Awam - Berita Semasa | mStar

DBKL Disaran Tebang Pokok Demi Keselamatan Awam

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran supaya menebang pokok yang sudah tua dan berpenyakit bagi mengelak kejadian pokok tumbang terutama pada musim tengkujuh sekarang.

"Saya telah minta DBKL mengkaji keadaan pokok-pokok tersebut kalau kemungkinan berlaku lagi ribut kencang, supaya ia boleh ditebang dengan segera dan tidak mengganggu kelancaran lalu lintas dan keselamatan orang awam.

"Kita sudah tubuhkan pasukan penyelamat. Kita ada pasukan yang buat kerja 24 jam dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Wangsa Tegap Sdn Bhd, Bangkok Bank Berhad dan Vinci-MHPT Consortium untuk pelaksanaan projek membina Menara Bangkok Bank di Berjaya Central Park di Jalan Ampang.

Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku semasa kejadian ribut dan hujan lebat di sekitar beberapa kawasan ibu negara petang semalam.

Pokok-pokok tersebut dilaporkan ada yang menimpa premis perniagaan dan kenderaan.

Raja Nong Chik turut memuji langkah awal yang diambil DBKL bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir kilat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan