Cukai Bakul Dihapuskan Jika BN Kuasai Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Badan Perhubungan Umno Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini memandangkan ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

"Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Ahad.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata ia sebagai ulangan sebagaimana yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu.

Menurutnya disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil.

"Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan