Bomba Sarawak Beku Cuti Anggota Hadapi Banjir

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Bagi menghadapi banjir di Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah membekukan cuti anggotanya di samping menyediakan kelengkapan logistik secukupnya.

Pengarahnya Nor Hisham Mohammad berkata notis telah dikeluarkan kepada 1,040 anggota di semua 26 balai supaya bersiap sedia menangani banjir.

"Dari segi logistik, pihak bomba telah menyediakan 52 bot aluminium yang mempunyai kapasiti untuk merendah sungai di Sarawak yang besar dan berarus laju, di samping menambah 15 van utiliti dan lapan buah kenderaan pancuan empat roda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Perakuan Bomba di sini Isnin.

Beliau berkata jabatannya mungkin akan memohon kepada ibu pejabat bomba untuk menggunakan helikopter jika keadaan menjadi terdesak.

Nor Hisham berkata bomba akan menumpukan kawasan Limbang dan Lawas yang dijangka dilanda hujan melebihi purata 20 hinga 40 peratus pada hujung tahun ini.

Anggota tambahan juga telah dihantar untuk membantu balai Sri Aman dan Betong berikutan banjir di Pantu yang menyebabkan 108 mangsa dari 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua pada Sabtu lepas, katanya.

Mengenai perakuan bomba, beliau berkata 184 perakuan atau 54 peratus daripada 335 bangunan telah diberikan.

Jumlah tersebut melebihi sasaran 50 peratus tahun ini dan menambah tiga premis telah didakwa termasuk dua yang masing-masing didenda RM1,000 sementara satu kes lagi ditangguh pendakwaannya kepada Januari tahun depan.

Nor Hisham juga berkata tiga daripada 53 buah kilang sawit turut memiliki perakuan bomba. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan