Bangkok Bank Akan Buka Empat Lagi Cawangan Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bangkok Bank Bhd menyasar mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan membuka empat lagi cawangan di negara ini menjelang 2016, kata ketua pegawai eksekutifnya Robert Loke.

Beliau berkata cawangan baharu itu akan menelan kos kira-kira RM1 juta hingga RM2 juta setiap satu bergantung kepada lokasi dan saiz.

"Ketika ini kami mempunyai empat cawangan di luar Kuala Lumpur, termasuk dua di Johor, satu di Pulau Pinang dan yang terbaharu di Klang, Selangor.

"Kami tidak mempunyai cawangan di Malaysia Timur, justeru itu kami juga melihat kemungkinan itu," katanya kepada pemberita selepas satu majlis permeterian antara Bangkok Bank dan Wangsa Tegap Sdn Bhd, unit Berjaya Corporation Bhd.

Permeterian itu disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Perjanjian itu bertujuan bagi membeli lapan tingkat suite korporat Bangkok Bank bersama dengan ruang komersil di aras bawah dan aras tara di satu daripada menara di Berjaya Central Park.

Apabila ditanya mengenai pelaburan terbaharu Bangkok Bank, Loke berkata bank itu sedang menunggu masa yang sesuai untuk melabur bagi ibu pejabat baharu, sambil menambah prasarana dan perancangan bangunan Berjaya Central Park adalah baik.

Mengenai sama ada bank itu akan menjual ibu pejabatnya sekarang di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, Loke berkata: "Kami sedang melihat semua kemungkinan dan semuanya masih sedang dipertimbangkan,".

Beliau berkata bank itu merancang berpindah ke ibu pejabat baharunya pada suku pertama 2014.

Bangkok Bank ialah anak syarikat milik penuh Bangkok Bank Public Company Limited, bank perdagangan terbesar di Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan