Semua Mangsa Banjir Daerah Kerian Dibenarkan Pulang Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lebih 150 mangsa banjir di daerah Kerian yang ditempatkan di pusat pemindahan sejak tiga hari lepas telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Ahad selepas keadaan pulih seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2 petang.

Kesemua mangsa banjir itu adalah penduduk Kampung Parit Mat Keling, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 BUkit Merah, Kampung Padang Lalang dan Kampung Parit Ayer Hitam, katanya.

Mat Fauzi berkata kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah selepas kampung mereka dinaiki air sedalam dua meter akibat limpahan kolam air Bukit Merah berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Operasi memindahkan mereka turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya.

Beliau berkata, walaupun pusat pemindahan ditutup tetapi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis daerah Kerian masih dibuka bagi memantau keadaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan