Pembahagian Kerusi PRU Ke-13 Tidak Perlu Dibincang Secara Terbuka: Koh Tsu Koon

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Perbincangan mengenai pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tidak wajar dibincangkan secara terbuka, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berpendirian perbincangan secara terbuka itu hanya akan menjejaskan sokongan dan perhubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Kalau semua pihak bersikap positif maka kita tidak sepatutnya bergaduh, sebenarnya pendirian saya selama ini ialah saya tidak mahu berbincang tentang kerusi secara terbuka.

"Tetapi apabila ada pihak yang cuba mengatakan secara negatif tentang kerusi Gerakan, kita hanya membalas dengan niat untuk mempertahankan pendirian parti sahaja.

"Namun tidak sesekali berniat memulakan proses yang boleh mencetuskan situasi perbahasan atau pergaduhan secara terbuka," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata demikian, sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai laporan kemungkinan Gerakan tidak akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Bachang pada PRU akan datang.

Kerusi itu dimenangi DAP pada PRU 2008 dan kerusi itu telah diperuntukkan kepada parti Gerakan oleh BN sejak 1995.

Mengenai pengumuman beliau untuk tidak bertanding dalam PRU ke-13, boleh dijadikan senjata oleh pembangkang untuk 'menyerang' dirinya, beliau berkata: "Biar mereka serang saya, saya akan jawap. Saya tidak akan jawab sekarang kerana anda bukan pembangkang," katanya.

Mengulas siapa bakal pengerusi BN Pulau Pinang, Koh menjelaskan semua pihak harus mematuhi perlembagaan BN mengenai pelantikan jawatan tersebut, jadi tidak perlu dijawab berulang kali tentangnya.

Koh, baru-baru ini menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang, ekoran itu dipercayai beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan