Nilai Diri Sendiri Dan Serah Keputusan Kepada Pucuk Pimpinan - Mustapa Mohamed - Berita Semasa | mStar

Nilai Diri Sendiri Dan Serah Keputusan Kepada Pucuk Pimpinan - Mustapa Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: Semua pemimpin terutama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon baharu menggantikan mereka, pada pilihan raya umum akan datang, jika merasakan rakyat sudah menolak mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ada kalangan mereka yang telah bertanding sebanyak tujuh atau lapan kali (pada pilihan raya) masih lagi diterima rakyat dan sebab itu mereka perlu menilai diri mereka kali ini sama ada mereka calon yang boleh menang atau sebaliknya.

"Kalau kita sudah ditolak kita buat penilaian sendiri sebelum pucuk pimpinan membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Agrobank Cawangan Kubang Kerian dan Penyerahan Zakat Negeri Kelantan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (MAIK) di sini, Ahad.

Pada majlis itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman menyerahkan cek untuk zakat bank itu bernilai RM47,863 kepada wakil MAIK.

Mustapa berkata Umno kini perlu mencari bakat baharu dalam arus politik negara terutama golongan muda bagi menggantikan calon lama yang suatu hari nanti pasti berundur untuk memberi laluan kepada orang lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan juga berharap anggota Umno Kelantan menjadikan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sebagai pembakar semangat untuk berjuang pada pilihan raya umum ini.

"Di Kelantan saya lihat semangat anggota Umno sangat kuat walaupun ada sedikit masalah yang bagi saya adalah lumrah dan tidaklah memberi kesan," katanya.

Menurutnya antara kelemahan Umno Kelantan sebelum ini adalah kerana pemimpin yang ada bercakaran sesama sendiri menyebabkan Umno menjadi lemah dan ditolak rakyat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan