CIDB: MYCESMM Wujudkan Saingan Saksama Dalam Kalangan Kontraktor

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjangkakan pengenalan Kaedah Pengkukuran Standard Kejuruteraan Awam (MyCESMM) akan mewujudkan saingan saksama dalam kalangan kontraktor.

Pengurus Besar Kanannya Sariah Abd Karib berkata kaedah pengukuran standard itu akan menyediakan kedudukan seimbang untuk semua orang memandangkan ia menetapkan perincian standard kerja dan pemahaman bersama dalam kalangan penggiat industri ke atas projek yang akan dilaksanakan.

"Ia akan mengelak keraguan dan percanggahan, mengurangkan pertikaian dan keseluruhan item akan menjadi lebih jelas," katanya.

Beliau berkata MyCESMM berdasarkan struktur dan format Kaedah Pengukuran Standard Kejuruteraan Awam 3 (CESMM 3) United Kingdom, namun disesuaikan dengan amalan tempatan.

Kaedah baharu itu berperanan mengurangkan kos pelaksanaan projek kejuruteraan awam, menerusi pemakaian amalan terbaik dalam penyediaan bil kuantiti (BQ) yang sekaligus meningkatkan daya saing dan harga kerja kejuteraan awam yang konsisten.

Sariah berkata MyCESMM diperkenal bagi menggantikan Kaedah Pengukuran Standard bagi Pengukuran Kerja Kjuruteraan Awam (CESMM) yang diperkenal pada 2003, namun kurang mendapat sambutan daripada industri.

Oleh itu, penggiat industri akan mencari standard pengukuran alternatif yang meliputi edisi kedua dan ketiga CESMM UK.

Beliau berkata MyCESMM meliputi skop yang lebih luas yang menyeluruh bagi kerja-kerja kejuruteraan berbanding CESMM, dan selari dengan inisiatif untuk menjadikan dokumen itu relevan, penerbitannya dilakukan selepas melalui pelbagai sisi bengkel ekstensif.

Sementara itu ketua penyelaras CIMP Mohd Nawi Dul berkata pelaksanaan standad baharu itu memberikan kelebihan kepada penggiat industri tempatan dalam menghadapi liberalisasi industri pada 2015.

"Apabila liberalisasi dilaksanakan pada 2015, industri itu akan terbuka kepada peserta Asean lain dan bagi mengekalkan daya saing, kita perlu menggunakan MyCESMM mulai sekarang. Ia memberikan kita kelebihan kerana kita sudah biasa dengannya berbanding penggiat asing yang akan mengambil masa memahaminya," katanya.

Beliau berkata standard tinggi MyCESMM juga akan meningkatkan profesionalisme dan memperbaiki kos pengurusan, membolehan syarikat tempatan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik pada kos pengurusan yang kompetitif berbanding syarikat serantau.

Nawi berkata standard itu juga akan mewujudkan persekitaran yang membolehkan penggiat industri melaksanakan amalan terbaik memandangkan MyCESMM dibangunkan menyamai standard dunia.

Untuk masa depan, Sariah berkata CIDB akan mewujudkan pusat panggilan untuk semua projek dan ia hanya boleh dilakukan selepas memasukkan MyCESMM sebagai kaedah pengurusan standad dalam pangkalan datanya.

CIDB juga akan melaksanakan kaedah pengukuran standard untuk kejuruteraan mekanikal dan elektrik bagi meningkatkan industri itu di Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua insustri itu belum mempunyai kaedah standard seragam, yang membuka ruang untuk berlaku pertikaian, konflik dan salah faham.

"Rancangan itu akan dimulakan tahun depan dan berharap dapat menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun, seperti MyCESMM," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan