Calon Berupaya Raih 50 Peratus Kemenangan Jika Selesaikan Masalah

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu adalah bergantung kepada keupayaanya untuk menyelesaikan masalah setempat atau kawasan yang diwakilinya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata jika seseorang calon gagal maka sokongan boleh hilang dan peluang untuk memenangi pilihan raya tidak dapat dicapai.

"50 peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau telah rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datoh di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata justeru itu ketiga-tiga naib presiden Umno diberi tanggungjawab untuk memantau setiap bahagian yang masih mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya masalah di peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dan dalam tempoh yang segera.

Beliau turut berharap tidak ada mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak terpilih untuk menjadi calon pilihan raya umum mensabotaj calon yang dipilih.

Pucuk pimpinan mengambil pendekatan memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya, jentera parti perlu digerakkan dengan semangat perpaduan tanpa mempunyai masalah dalaman bagi menjamin kemenangan pilihan raya umum akan datang, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan