Proton Tidak Boleh Lagi Bergantung Kepada Pasaran Tempatan - Pengerusi

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebarang bentuk penggabungan atau pengambilalihan Proton Holdings Bhd, harus dapat memacunya ke arah kegemilangan di peringkat antarabangsa, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Beliau tidak mengesahkan mahupun menafikan khabar-khabar angin mengenai pengambilalihan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebagai syarikat pembuat kereta nasional, sebarang langkah untuk membawa masuk pemegang saham baharu atau menjadikannya entiti milik persendirian haruslah diambil semata-mata bagi kejayaan Proton pada masa akan datang.

"Tentang siapa yang akan menjadi pemegang saham, bukan saya atau pengurusan yang menentukan, tetapi terserah kepada kerajaan. Proton tidak boleh terus kekal sebagai pembuat kereta nasional selama-lamanya memandangkan situasi sekarang.

"Proton kini dalam proses mengubah modul perniagaannya dan kami sedang mengkaji untuk merangsang eksport. Proton tidak boleh terus berada dalam keadaannya di dalam negara, ia perlu mengubah dirinya untuk menjadi peserta global di peringkagt antarabangsa," katanya kepada Bernama semasa acara sambutan Hari Keluarga Proton di sini, Sabtu. Mohd Nadzmi berkata, dengan sebab itulah pengurusan dan lembaga pengarah syarikat berusaha keras mendorong Proton menjadi lebih besar daripada apa yang ada hari ini.

"Usaha meningkatkan kegiatan eksport merupakan jawapannya kerana bagi sebuah industri kereta, jumlah amat penting. Di Malaysia, pasaran domestik amat kecil dan sangat tepu.

"Pasukan pengurusan sekarang mempunyai tugas yang berat untuk memastikan projek kereta nasional ini bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pasaran domestik malah kita mahu menjadi peserta global yang besar.

"Saya rasa apa jua yang perlu kita lakukan sekarang... sekalipun terpaksa membawa masuk pemegang saham baharu atau menjadikan syarikat ini milik persendirian, ia tidak harus terpesong daripada matlamatnya," kata Mohd Nadzmi mengulas kenaikan harga saham Proton yang mendadak sebanyak 15.4 peratus atau 51 sen kepada RM3.61 pada Jumaat, menjadikannya saham ketiga paling besar peningkatannya hari itu.

Penganalisis menegaskan kenaikan itu merupakan petunjuk jelas bahawa desas-desus mengenai pengambilalihan atau jualan kepentingan dalam Proton bakal berlaku tidak lama lagi.

Konglomerat DRB-HICOM, Naza Group dan Sime Darby Bhd adalah antara syarikat besar yang terbabit dalam penggabungan dan pengambilalihan itu, manakala penjualan kepentingan kepada DRB-HICOM dijangka paling hampir.

Ditanya tentang pihak-pihak yang berminat, Mohd Nadzmi berkata: "Minat memang sentiasa ada. Banyak pihak telah menyuarakan minat dan saya rasa kerajaan amat berhati-hati dalam perkara sebegini kerana mereka akan menimbang dan menganalisis semua faktor yang mungkin, sebelum membuat keputusan.

Mohd Nadzmi juga berkata, Proton positif ia tidak boleh mencapai prestasi dalam arena global sebaik yang dicapainya di dalam negara tanpa melalui anjakan modul perniagaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan