Proton Sasar Jualan Lebih Baik Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd yakin dapat mencapai jumlah jualan yang lebih baik tahun depan kerana pembuat kereta itu telah mengadakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan jualan, kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata, sudah menjadi resam Proton sejak kebelakangan ini untuk memperkenal sebuah varian atau model kereta baharu setiap tahun, dan tahun depan tidak terkecuali.

"Kami sedang membuat persiapan untuk melancarkan sebuah kereta baharu pada 2012 dan satu daripada kegiatan penting bagi Proton tahun depan ialah berusaha gigih meningkatkan eksport.

"Dalam negara, jumlah jualan semakin meningkat tahun demi tahun tetapi bagi tahun depan, ini bergantung kepada keadaan pasaran ketika itu," katanya kepada Bernama pada Hari Keluarga Proton di sini, Sabtu.

Syed Zainal berkata, tahun depan dijangka mencabar dari segi ekonomi, tetapi bagi industri automotif pelancaran model-model varian baharu akan membantu meningkatkan prestasi keseluruhan Proton.

Bagi enam bulan pertama, jualan kereta Proton Holdings bertambah kepada 74,519 unit berbanding 65,918 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2010.

Hari Keluarga tahunan yang kali ini diadakan di Sunway Lagoon Resort dan dilancarkan oleh Pengerusi syarikat, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan dihadiri oleh lebih 28,000 pekerja syarikat kereta nasional itu.

Syed Zainal berkata, seperti juga mana-mana segmen ekonomi yang lain, pasaran automotif terus menghadapi persaingan sengit.

"Justeru itu, kami perlu menggandakan usaha kami dan hari keluarga ini merupakan satu cara untuk menghimpun tenaga kerja kami, menaikkan semangat dan moral mereka serta menggalakkan mereka menjulang nama Proton untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan kejayaan yang lebih besar," tegas beliau.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan