Perhimpunan Agung Umno: Transformasi Tak Bermakna Jika Tewas - Naib Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, segala agenda transformasi tidak akan bermakna sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, untuk memastikan kelangsungan Umno, anggota parti perlu bersatu.

"Kita tidak ada masa lagi, mungkin perhimpunan agung ini yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Apa juga agenda hendak dibawa tidak akan bermakna jika tidak diterjemah dengan kemenangan pada pilihan raya.

"Atas nama perjuangan, amanah dan kepercayaan tidak khianati perjuangan mulia ini. Bersatulah orang Melayu dan bersatulah orang Umno, bersatulah seperti kita tidak pernah bersatu sebelum ini dan kita tidak akan lari dengan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kita," katanya menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, Sabtu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata dengan mandat yang diperoleh pada pilihan raya umum kelak, Umno akan terus membela rakyat untuk kelangsungan generasi seterusnya.

Naib Presiden Umno itu juga memberi jaminan bahawa Umno tidak akan menoleh ke belakang dan akan terus bekerja kuat, lebih kuat daripada sebelum ini.

Hishammuddin berkata, orang Umno cukup bertuah kerana memiliki presiden parti yang bersedia menakhoda zaman dengan agenda tranformasi yang dibawa menuntut komitmen setiap anggota Umno untuk bersama menjuarai landskap baru itu.

Meskipun terdapat suara-suara sumbang yang mendakwa kononnya Umno akan musnah, beliau berkata parti tetap teguh dan kukuh kerana perjuangan Umno tidak berkisar kepada individu tetapi lahir atas perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu, umat Islam dan rakyat keseluruhannya.

"Di atas ketentuan perjuangan inilah, setiap kali parti keramat kita diuji, dengan kepimpinan, kebijaksanaan dan keberanian untuk melakukan apa yang benar, berhadapan dengan tuduhan melulu, akhirnya kita keluar daripada ujian ini dalam keadaan yang lebih kuat dan kukuh," katanya.

Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara, Hishammuddin berkata beliau memikul amanah besar yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan keselamatan rakyat diberi keutamaan, dalam apa jua keadaan.

"Sebab itu kita kena mengimbangi di antara hak dan hak asasi, tuntutan hak bersuara, hak kebebasan dengan hak masyarakat teramai dan mengimbangi dengan hak majoriti.

"Kita tidak akan gadaikan hak bangsa dalam kita merintis transformasi dan atas kebijaksanaan itulah yang akhirnya rakyat dapat menerima kepimpinan kita dalam mendepani arus politik yang kompleks," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan