Perhimpunan Agung Umno: Puteri Ikrar Sokong Calon Boleh Menang - Berita Semasa | mStar

Perhimpunan Agung Umno: Puteri Ikrar Sokong Calon Boleh Menang

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno pada Sabtu, melafazkan ikrar untuk menyokong dan setia berjuang di belakang calon boleh menang yang dipilih oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pergerakan itu juga akan menggerakkan jenteranya ke peringkat akar umbi untuk mengurus media baru dan maklumat maya dengan berkesan, selain menabur khidmat kepada rakyat.

"Puteri mahu menjiwai rakyat, merasa setiap denyut nadi rakyat, menjadi pembela rakyat walaupun kami bukan wakil rakyat," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan seterusnya memberitahu, antara idea yang diperoleh oleh Puteri selepas bersidang pada 30 November lalu adalah untuk mempromosikan budaya berfikir dan berdebat secara sihat yang bukan bersifat tohmahan atau pun fitnah.

Beliau menambah, Puteri juga mencadangkan agar agen mobiliti Pusat Urus Zakat dilantik dalam mengenalpasti setiap lapisan yang layak menerimanya.

Turut dicadangkan adalah penubuhan sebuah Bank Idea untuk menghimpunkan semua inovasi baru ciptaan Bumiputera agar dapat dipatenkan segera dan tidak diciplak.

Rosnah seterusnya berkata, pihaknya juga mencadangkan penubuhan sebuah pusat bakat di setiap komuniti bagi tujuan pembangunan bakat yang seimbang.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan