Perhimpunan Agung Umno: Perpaduan Penting Untuk Rampas Balik S'gor

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Umno diingatkan supaya tidak berpecah-belah kerana sikap sedemikian hanya akan mengundang rasa tidak takut pakatan pembangkang terhadap parti itu.

Mengambil contoh situasi di Selangor, wakilnya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, perpecahan yang berlaku telah menyebabkan timbulnya cubaan untuk memurtadkan umat Islam di negeri tersebut pada bulan Ramadan lalu.

"Oleh itu, kita mesti tekankan perpaduan antara ahli Umno terlebih dahulu...ikat tali perpaduan dan perpaduan kita. Jangan ikat dengan tali belati dan nailon, kita ikat dengan tali Allah.

"Bila ayat arahan hukum bersatu padu dalam Islam wajib...jangan sesekali kita berpecah belah kerana hukumnya adalah haram. Apabila kita saling membantah kita akan hilang keberanian dan kita tidak akan ditakuti orang lain," katanya ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di sini, Sabtu.

Justeru itu, beliau menggesa ahli Umno agar mengekalkan parti itu sebagai alat perjuangan bangsa Melayu di negara ini.

"Jangan kita lupa pada pengajian asas, kita kena kembali kepada asas-asas agama. Kita diminta jadi alat untuk bangunkan Islam di tanah air tapi mereka hanya lihat Islam itu sembahyang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan