Perhimpunan Agung Umno: Perilaku Pelajar Asing Resahkan Masyarakat

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta supaya mengkaji semula dasar pengambilan pelajar asing ke negara ini berikutan terdapat pelbagai masalah sosial yang ditimbulkan mereka sejak kebelakangan ini.

Wakil Umno Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, mereka menyokong sepenuhnya dasar mengantarabangsakan pendidikan di Malaysia tetapi jenayah yang ditimbulkan golongan terbabit mula meresahkan masyarakat.

"Terlalu banyak onar ditimbulkan puak-puak ini. 75 peratus kes penipuan Internet melibatkan pelajar warga asing Afrika.

"Itu dari Afrika belum lagi dari China. Ambil pas pelajar, dia tak belajar...suruh masuk kuliah, dia kerja spa. Entah-entah yang dalam video yang kita tengok tu....," katanya ketika membahasakan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Mustapha yang juga naib ketua Umno Jempol mencadangkan supaya proses kelulusan permohonan guru untuk bersara awal dipermudahkan bagi memberi ruang kepada lepasan ijazah pendidikan daripada universiti tempatan.

"Isu penempatan guru ijazah pendidikan perlukan pembelaan. Dalam hal ini Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan universiti perlu pakat elok-elok," katanya.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan agar elaun guru yang mengajar di pedalaman ditambah selepas mengambil kira kesukaran mereka sebagai pendidik di kawasan tersebut.

"Nasib guru di pedalaman perlu dibela, keadaan amat daif. Oleh itu, sekolah di pedalaman perlu diberi keutamaan. Biarlah poket mereka penuh barulah semangat mereka tak luluh," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan