Perhimpunan Agung Umno: Pengulungan Tim.Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Umno diingatkan agar tidak menyumbat 'gol sendiri' hingga menyebabkan masa depan dan maruah parti tergadai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno perlu mengambil resam perlawanan bola sepak bahawa setiap anggota perlu memainkan peranan masing-masing bagi memenangkan parti.

"Jangan sumbat gol sendiri. Ini adalah perkara paling pantang dalam perlawanan bola sepak.

"Begitu juga dalam pilihan raya, jangan skor gol sendiri," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Selain itu Muhyiddin berkata, semangat penyatuan di kalangan ahli Umno merupakan strategi penting bagi menentukan survival Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mengambil contoh strategi pasukan bola sepak, Muhyiddin menegaskan bahawa setiap pemain berperanan serta bertanggungjawab menentukan kejayaan pasukan berkenaan.

"Kita harus laksanakan secara bersama. Semua orang Umno perlu bertindak sebagai pemain pasukan yang baik.

"Seperti juga dalam permainan bola sepak, yang bagus jadi penyerang, dia kena jadi penyerang. yang bagus jadi penjaga gol, dia mesti jadi penjaga gol.

"Jangan yang bagus jadi penjaga gol, dia nak jadi penyerang atau sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli dan pemimpin parti itu perlu redha dan terus setia kepada Umno walaupun tidak dipilih sebagai calon pilihan raya.

"Orang Umno perlu percaya kepada qada' dan qadar, segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Sebab itu kalau tidak terpilih sebagai calon, ini adalah ketentuan Allah dan kita terimalah dengan hati yang terbuka...jangan kecewa.

"Mungkin dengan sifat keredhaan, Allah akan membalasnya kemudian. Mungkin bukan peluang atau mungkin bukan rezeki kita pada waktu ini...tetapi insya Allah dengan hati yang tabah dan sifat redha, maka Allah akan memberi ganjaran pada masa akan datang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan