Penuntut Malaysia Di Malang Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dalam masa kurang dari sebulan selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira dari Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, seorang lagi penuntut Malaysia dari universiti yang sama meninggal dunia malam Jumaat.

Namun kematian penuntut yang dikenali sebagai Theven Adrian Joseph, 20, itu dipercayai akibat masalah kesihatan.

Atase Pendidikan, Education Malaysia (EM) Indonesia, Ludinata Misnun berkata Theven Adrian meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 malam tadi di Hospital Islam Dinoyo, Malang setelah usaha menyelamatkannya gagal.

"Beliau dipercayai mengalami kekejangan dan serangan sawan dan dikejarkan ke Hosptal Islam Dinoyo, Malang. Pihak hospital telah berusaha menyelamatkannya dengan memberikan bantuan CPR dan penafasan melalui mesin, malangnya beliau tidak dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

EM Indonesia difahamkan bahawa penuntut yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu sebelum ini mempunyai sejarah penyakit itu, kata beliau.

Theven Adrian ialah penuntut tahun pertama Universiti Brawijaya, yang menuntut atas pembiayaan sendiri. Tidak dinyatakan bidang jurusan pelajaran yang sedang beliau ikuti.

Ludinata berkata pihaknya berlepas ke Malang pagi ini bagi menguruskan penghantaran pulang jasad Theven Adrian dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

Pihak keluarga pelajar itu juga dijangka sampai ke Malang pagi ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya.

Pembiayaan penghantaran pulang jasadnya ditanggung sepenuhnya oleh ejen yang menguruskan kemasukan beliau ke universiti itu kerana beliau masih dilindungi insurans.

Pada 7 November lalu, penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang mati ditetak dengan senjata tajam dilehernya oleh seorang penyerang ketika beliau cuba menghalang lelaki itu daripada mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang.

Polis masih menyiasat kejadian kes pembunuhan itu.

Seramai 173 penuntut Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan