Peniaga Di Kajang Masih Tutup Perniagaan Untuk Bersihkan Premis

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kebanyakan premis perniagaan di pusat bandar Kajang yang terjejas teruk akibat banjir kilat ekoran hujan lebat petang semalam dibuka hari ini tetapi bukan untuk menjalankan perniagaan sebaliknya untuk kerja-kerja pembersihan.

Tinjauan Bernama bagaimanapun mendapati ada juga beberapa kedai seperti kedai alat telekomunikasi dan restoran beroperasi seperti biasa kerana peniaga tidak mahu menanggung kerugian yang lebih besar.

Seorang peniaga kedai emas yang mahu dikenali sebagai Chau, 52, berkata hujan lebat seawal 4 petang semalam menyebabkan air naik begitu pantas dalam masa tidak sampai lima minit sehinggakan keadaan menjadi kelam-kabut.

"Saya sudah menjalankan perniagaan saya di sini selama 17 tahun dan sebelum ini memang ada hujan lebat dan kadang-kadang ada juga banjir tetapi tidaklah seteruk ini," katanya yang menganggar mengalami kerugian hampir RM40,000 kerana terpaksa menutup kedai selama beberapa hari bagi tujuan pembersihan.

Pekerja kedai serbaneka Siti Hamira, 21, berkata syarikatnya mengalami kerugian yang agak besar berikutan banyak barangan yang rosak kerana tidak sempat diselamatkan.

"Air naik cepat, stok-stok barangan yang baru sampai pagi semalam kebanyakannya rosak kerana ditenggelami air dan itu belum lagi termasuk barangan yang kita pamerkan di rak-rak.

"Mesin komputer juruwang dan komputer pengendali kamera litar tertutup (CCTV) juga ditenggelami air dan selepas kerja-kerja pembersihan ini selesai kita akan periksa semula alat-alat elektronik kita sama ada masih boleh digunakan ataupun tidak," katanya.

Pekerja kedai alat telekomunikasi, Wong, 35, berkata aktiviti pembersihan akan dijalankan secara berperingkat iaitu di bahagian depan akan dibuka seperti biasa manakala di bahagian dalam ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

"Semalam kita sudah bersihkan kedai sikit-sikit sampai tengah malam, hari ini kita akan bersihkan lagi tetapi perniagaan kita masih terus jalankan untuk elak kerugian lebih banyak.

Seorang pemilik restoran, Ammini, 44, berkata restorannya beroperasi seperti biasa meskipun kebanyakan barangan runcitnya ditenggelami air semalam.

"Saya dan pekerja lain tidak sempat mengalihkan barangan runcit seperti beras, tepung, rempah dan sebagainya jadi barangan tersebut terpaksa dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi," katanya.

Aktiviti pembersihan itu turut disertai kakitangan Majlis Perbandaran Kajang yang giat membersihkan jalan raya, menunda kenderaan dan motosikal yang tersadai akibat ditenggelami air dalam banjir kilat itu semalam.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata kejadian banjir itu merupakan kejadian berkala tetapi mengakui kali ini keadaan adalah lebih teruk berbanding sebelumnya.

"Pada tahun 2008, kita ada buat projek tebatan banjir dengan membesarkan Sungai Jelok dan muara Sungai Jelok seterusnya mengalirkan air ke bahagian Sungai Langat dan membina dinding tebatan setinggi 1.5 meter.

"Dengan kerja-kerja pelebaran dan pembinaan ini, kita jangka tidak akan berlaku banjir kilat seperti ini tetapi air hujan yang begitu lebat semalam menyebabkan air di Sungai Jelok dan Sungai Langat melimpah memasuki pusat bandar," katanya. NNAI AKT KLS 03/12/2011 18-13S

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan