KM Sahkan PDC Akan Tanggung Kos Roboh & Bina Semula Bangunan Letak Kereta Bt Bendera

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menanggung kos merobohkan, merekabentuk dan membina semula bangunan kontroversi tempat letak kereta ‘Kancil’ yang terletak di kaki Bukit Bendera.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mengumumkan demikian berkata, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menerima syor-syor yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri, iaitu merobohkan struktur yang sedia ada sekarang dan membina semula mengikut rekabentuk baru bangunan letak kereta yang dapat memuatkan 300 buah kenderaan itu.

Kos yang dianggar untuk meroboh dan membina semula bangunan itu ialah di antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta.

Lim adalah juga pengerusi PDC.

Lembaga Siasatan itu diketuai oleh Prof Omar Munir dari Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

“Untuk melakukan semua kerja ini, ia akan memakan masa sehingga 15 bulan untuk siap,” kata Lim dalam satu sidang akhbar, Sabtu.

Lim juga berkata, tindakan sivil boleh dipertimbangkan ke atas arkitek projek itu Khairil Faizi Abdul Majid.

“Kami juga akan membuat laporan rasmi mengenai kegagalannya melaksanakan tugas dengan sempurna kepada Lembaga Arkitek Malaysia,” ujar Lim. Tempat letak kereta bernilai RM4.3 juta itu yang siap dibina Mac lalu gagal memperolehi sijil layak duduk dan telah mencetuskan kontroversi kerana rekaannya yang cacat, sempit dan petak parkirnya hanya layak memuatkan kereta sebesar Perodua Kancil.

Projek pembinaan bangunan itu dijalankan oleh PDC selaku agensi pelaksana dan ia adalah sebahagian daripada projek bernilai RM73 juta untuk menaik tarafkan kereta api Bukit Bendera di bawah Kementerian Pelancongan.

Pada 1 Disember baru-baru ini, arkitek Khairil Faizi dipetik oleh media sebagai berkata bahawa dia telah dinafikan untuk melihat laporan Lembaga Siasatan dan dia telah menjadi mangsa ‘kambing hitam’.

Dalam konteks ini, Lim Guan Eng berkata, Khairil mempunyai segala hak untuk mengatakan bahawa dia telah menjadi mangsa dalam kes ini “tetapi kami serahkan kepada Lembaga Arkitek Malaysia dan juga mahkamah untuk menentukan segala-galanya.”

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan