DBKL Kenal Pasti Lokasi Banjir Kilat

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti beberapa kawasan di ibu negara yang berisiko tinggi dilanda banjir kilat pada musim tengkujuh ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata kesemua kawasan yang dikenal pasti itu terletak di kawasan rendah berhampiran sungai, antaranya Kampung Kasipillay, Off Jalan Ipoh; kawasan Segambut Dalam/Segambut Tengah/Segambut Bahagia; Jalan Tun Razak/Jalan Gurney/Jalan Gurney Kiri dan Setapak - Jalan Air Panas/Jalan Air Madu.

"Kawasan lain termasuk Kampung Cheras Baru, Kawasan Jalan 9; Taman Goodwood, Jalan Kelang Lama; Jalan Ampang depan Bangunan RISDA Building dan Taman Angsana, off Jalan Puchong," katanya ketika ditemu bual dalam program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24, di sini.

Beliau berkata, kejadian banjir di ibu negara kebanyakan berlaku setempat berpunca daripada sistem perparitan tersumbat oleh sampah sarap atau kelodak dan banjir di permukaan jalan akibat dari 'scupper drains' tersumbat.

Sehubungan itu, katanya satu Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat DBKL ditubuhkan dalam usaha memastikan tugas-tugas mengurus, menyelaras dan memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan cepat apabila berlaku banjir kilat.

Ahmad Fuad menambah, DBKL juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir sejak 1 Nov lalu yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti maklumat bacaan paras air, pusat perhubungan yang bertanggungjawab menerima, menyalur maklumat atau aduan dan memantau status kejadian bencana yang berlaku.

Warga kota juga boleh mendapatkan maklumat mengenai banjir melalui Sistem Elektronik Papan Tanda Amaran Banjir yang ditempatkan di beberapa lokasi-lokasi di pusat bandar.

Sementara itu, DBKL juga mempunyai 12 Kolam Takungan Banjir (KTB) yang telah dibangunkan bagi mengalirkan limpahan air dalam mengurangkan impak masalah banjir di Kuala Lumpur.

Sepuluh daripadanya telah siap dibina, antaranya KTB Lorong Maarof, KTB Kampung Cheras Baru, KTB Setapak Jaya dan KTB Kampung Boyan, manakala KTB Kampung Bohol dan KTB Universiti Malaya masih dalam pembinaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan